Followers

Tuesday, June 9, 2015

Kuih Bakar Terengganu


Ni percubaan pertama aku wat. Mujur jadi dengan bantuan orang2 sekeliling. Rupanya x susah mana pun... sebelum ni tau beli kat tepi jalan & makan jerrrrr.....
Teringin punya pasal nah aku try & error...

Maaflah sepatutnya bakar dalam loyang khas dia...tapi aku bakar guna kuali IKAN jerrr....nak mudah. Aku bakar atas dapur gas jerrr...Kalau ikutkan nak lagi sedap bakar guna sabut kelapa...
Tapi ni kira jadi lah...

Bahan2nya:
4 biji telor
1 biji kelapa (lebih kurang 6cawan santan)
2 cawan tepung gandum
10 helai daun pandan (blend)
4 cawan gula
Pewarna hijau
Garam

Cara buat:
1.Telor dan santan campur & kacau sekali.
2.Air perahan santan pandan masuk sekali.
3.masukkan tepung gandum dan gula kacau sebati.
4.Lebihan santan masuk sikit2 sampai hilang tepung yang ketul2.
5.Pastikan cair, jangan pekat ti x jadi..
6.Leh bakar dalam loyang @ periuk IKAN @ periuk bingka...


SELAMAT MENCUBA!


Monday, June 8, 2015

Apam Susu


Teringin nak makan punya pasal gagahkan gak la buat....Alhamdulillah hasilnya menjadai lah gak... Tak susah pun nak wat apam susu kukus ni...

Bahan2nya:

4biji telur
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil Ovellet
6 sudu besar susu pekat
1 cawan gula
2 sudu besar minyak masak

Cara buatnya:

1.Pukul telor dan gula sampai kembang jadi putih.
2. Masukkan susu pekat, ovellet dan minyak masak, pukul lagi.
3. Masukkan tepung gandum gaul sebati
4. Bahagikan adunan kemudian letak pewarna.
5. Kukus 40minit dengan api sederhana.

Pukul telor & Gula

Ovellet & Pewarna

Masuk Tepung Gandum


Bahagikan Pewarna




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

JOM KLIK SINI