Followers

Tuesday, June 9, 2015

Kuih Bakar Terengganu


Ni percubaan pertama aku wat. Mujur jadi dengan bantuan orang2 sekeliling. Rupanya x susah mana pun... sebelum ni tau beli kat tepi jalan & makan jerrrrr.....
Teringin punya pasal nah aku try & error...

Maaflah sepatutnya bakar dalam loyang khas dia...tapi aku bakar guna kuali IKAN jerrr....nak mudah. Aku bakar atas dapur gas jerrr...Kalau ikutkan nak lagi sedap bakar guna sabut kelapa...
Tapi ni kira jadi lah...

Bahan2nya:
4 biji telor
1 biji kelapa (lebih kurang 6cawan santan)
2 cawan tepung gandum
10 helai daun pandan (blend)
4 cawan gula
Pewarna hijau
Garam

Cara buat:
1.Telor dan santan campur & kacau sekali.
2.Air perahan santan pandan masuk sekali.
3.masukkan tepung gandum dan gula kacau sebati.
4.Lebihan santan masuk sikit2 sampai hilang tepung yang ketul2.
5.Pastikan cair, jangan pekat ti x jadi..
6.Leh bakar dalam loyang @ periuk IKAN @ periuk bingka...


SELAMAT MENCUBA!


Monday, June 8, 2015

Apam Susu


Teringin nak makan punya pasal gagahkan gak la buat....Alhamdulillah hasilnya menjadai lah gak... Tak susah pun nak wat apam susu kukus ni...

Bahan2nya:

4biji telur
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil Ovellet
6 sudu besar susu pekat
1 cawan gula
2 sudu besar minyak masak

Cara buatnya:

1.Pukul telor dan gula sampai kembang jadi putih.
2. Masukkan susu pekat, ovellet dan minyak masak, pukul lagi.
3. Masukkan tepung gandum gaul sebati
4. Bahagikan adunan kemudian letak pewarna.
5. Kukus 40minit dengan api sederhana.

Pukul telor & Gula

Ovellet & Pewarna

Masuk Tepung Gandum


Bahagikan Pewarna




Monday, January 12, 2015

Kek Milo Kukus

ihsan pic dr google....lupa nak ambil pic...

Maaf gambar sekadar hiasan je...aku xsempat nak ambil pic kek yg aku dah wat tu..tapi sebiji mcm ni la aku wat bentuknya...

Semuanya atas permintaan Asben aku wat kek ni. Dia memang xminat kek coklat. Aku dapatkan resepi ni dr google dan cuba wat. Cara wat memang senang sangat2. Jom ikut sukatan ni lak...

Bahan2nya:
-3biji telur (pukul telur dulu)
-2cawan tepung gandum (ayak dulu)
-1cawan minyak masak
-1cawan milo
-1cawan susu pekat
-1cawan gula kastor
-1/2 sudu kecil soda bikarbonat (ayak sama tepung)
-1 sudu kecil baking powder(ayak sama tepung)
-1cawan air panas

Cara buat lak:

- Milo, gula, susu pekat, minyak masak, dengan air panas masak sampai larut.
-masukkan telur dalam campuran milo pukul sampai kembang
-masukkan tepung dan sebatikan
-kukus selama 1jam...

Selamat mencuba!!!

Tuesday, January 6, 2015

Jemput-Jemput Roti


doh dia....lom campur macam2 lagi


Assalamualaikum pembaca blog ni.... kat sini aku nak kongsi resepi. Resepi ni idea dari En Asben. Aku just follow je lah sebab En Asben yang mengidam nak makan sangat... Bila aku tanya mana dapat resepi ape lagi jawapannya dari FB....layankan je lah...

Apa lagi roti dah ada daripada langsug xsentuh n buang bila dah expired baik jadikan jemput2 ye dok....hahahah....jom follow resepi by AKU....

Bahan2:
-Roti (xkisah pape brand pun)
-Telur
-Garam
-Daging/Ayam kisar
-Lada besar (merah & hijau)
-Daun sup/Kucai

Cara membuat:
-Carikkan roti tu jadi kecil2 (kulit tepi tu aku buang)
-Masukkan telur (ikut roti tu banyak mana sampai leh kepalkan)
-Lepas tu masukkan bahan2 yg lain wat jadi doh
-Panaskan minyak, apa lagi goreng lah.

Ape lagi siap goreng makanlah sepuasnya......

SELAMAT MENCUBA!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

JOM KLIK SINI