Followers

Thursday, August 18, 2011

:::Tart Nenas Bunga Matahari:::


Alhamdulillah dapat gak buat biskut malam tadi...bertungkus lumus dengan en suami yang gigih membantu walaupun suami tengah sakit gigi....cian kena dera nga isteri dia.Biskut yang kami buat  ni agak susah dan mencabar sikit.Kalau tart nenas yang gulung-gulung tu senang nak watnya.Disebabkan husband suka makan tart nenas yang bentuk bunga matahari kena lah buat.Jom tengok kami buat....


Bahan2nya:

  • 350g tepung gandum
  • 50g tepung jagung
  • 60g butter
  • 175g mentega
  • 70g gula kastor
  • 1/2 esen vanila
  • 1biji kuning telur
  • jem nenas
Cara buatnya:
  • Pukul butter,mentega & gula hingga kembang
  • masukkan kuning telur dan esen vanila,pukul sekejap
  • lepas tu masukkan tepung gandum & jagung
  • Uli sampai rata dan boleh cetak
  • Letakkan jem nenas kat tengah2 bunga 
  • Bakar dalam 180dc,15-20minit.






Wednesday, August 17, 2011

:::Biskut Cornflakes Madu:::


1st time wat biskut ni malam tadi....xsusah pun sebenarnya....ntah kenapa tiba2 terrajin lak nk wat biskut tahun ni....kalau ikutkan malas....sume malas.....mujur 1st wat jadi gak.....ingatkan xjadi....ni pun dengan bantuan en suami....(dia tolong letak ceri & bakar)....jom tengok cara saya wat....budak baru nak belajar ni.....

Bahan2:
  • 200g cornflakes (kalau nak sedap guna yg ada brand)
  • 250g mentega
  • 2sudu besar madu
  • 150g gula kastor
  • letakkan 2,3 titik esen vanila
  • ceri hijau & merah sebagai hiasan(potong kecil-kecil)
Cara nak buatnya meh tengok yg saya wat ni:
1. Cairkan mentega atas kuali dan masukkan gula kastor serta madu hingga cair
2.Masukkan cornflakes,kacau sekejap jer...ti rangup hilang kalau lama-lama
3.Masukkan dalam papercup dah susun atas dulang,bakar dalam oven dalam 15-20minit/hingga kekuningan
4.Sejukkan dulu sebelum masukkan dalam bekas.





Senang jer kan....ni pun saya search gak dalam google masa nak cari resepi....Selamat Mencuba!

Friday, August 12, 2011

:::Apam Polka Dot:::

Nak kongsi sama2 nga korang sume....baru nak belajar wat....rupanya senang jer wat apam ni....padahal dulu sek men vok ambil katering,sekarang ape pun xleh....huhuhu....jom kawan2 kita cuba wat apam ni.....dapat resepi ni dari akak ipar sy....dia memang pakar wat macam2.....memang tukang masak la katakan....


Bahan2:Kalau nk wat 50biji(paper cup medium)


3 biji telur-ambil dr peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus(kastor)
150 ml susu segar/susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry/apa2 ikut rasa sendiri(sy suka blueberry)
pewarna(ikut suka korang nak pakai warna ape)


Bahan2 ni leh cari kat mana2 jer.....


Cara nak watnya pun xsusah....

  1. Masukkan telur,gula kastor dalam mangkuk mixer pukul sampai kembang,agak2 dah kembang masukkan susu,ovalette,baking powder & tepung.Kacau la sampai agak2 dah rata.
  2. pastu,bahagikan lah adunan(nak 3,4 adunan untuk lain2 warna pun xper)
  3. lepas tu masukkan lah adunan tadi dalam bekasnya(masukkan sikit dulu lepas tu letakkan filling baru penuhkan semula)ikut bekas acuan masing2...
  4. masukkan lak pewarna kesukaan dan titikkan untuk jadi dot dot....
  5. Last sekali kita kukuskan apam ni dalam masa 10-15minit(hingga masak)...
senang jer kan....Selamat Mencuba....

Ni lah hasilnya yang saya wat......
warna yang saya suka.....berintikan blueberry...sedia untuk dimakan









Wednesday, August 10, 2011

:::Kek Batik Milo:::

Saje nak kongsi cerita pasal wat kek batik milo ni...maklumlah masuk ni dah 3x mencuba...1st buat kek batik coklat xberapa nak menjadi...pastu yg 2nd pun kurang jadi gak....masuk ni yg ke 3,harap2 menjadi lah...tu yg  nak share.....Hari isnin baru2 ni try wat kek batik milo ni....husband sy pun ikut tolong tau....kalau kawan2 nak try wat (mana yg dah tau tu leh la share nga sy kalau nak kongsi & tambah2 pape).Tengok lah dari mula sampai habis erk....jom try...senang jer watnya....

Bahan2:
  • 1 bungkus biskut marie hupseng (ape2 jenama pun xper)
  • 1 buku buttercup
  • 1 tin susu pekat
  • 1 1/2 tin milo (sukat menggunakan tin susu tadi)
  • 1 1/2 tin air
Cara memasak:

1.Patah-patahkan biskut marie
saya lebih suka patah2kan dulu biskut ni,ada setengah org patah2kan kemudian,masa tengah pekatkan milo dalam kuali.

2.Cairkan butter dalam periuk/kuali besar (xsempat nk ambil gambar)

3.Pastu masukkan bancuhan susu,milo dan air setelah butter cair ke dalam periuk/kuali.

4.Kacau sehingga pekat,adalah dalam 1/2jam nak kacau sampai pekat,pastikan api kena control jangan sampai hangit.

5.setelah pekat masukkan biskut yang telah dipatah2kan tadi....matikan api dulu sebelum masuk biskut,pastu gaul2kan biskut bagi rata.Xperlu terlalu lama semasa gaul untuk ratakan,bagi biskut tu rangup2 sikit masa makan ti....

6.Masukkan dalam loyang dan tekan2 bagi padat...

7.Bila dah diratakan,biarkan sejuk sekejap,pastu barulah masuk dalam peti ais.

8.Simpan dalam peti ais dulu,nanti/esok barulah potong.Ni gambar yang dah potong lupa nak ambil.

ni contoh sahaja,macam ni lah kalau dah potong....leh makan....





Tuesday, June 21, 2011

:::Asam Pedas Ikan Merah Resepi Sendiri:::


Semalam mak mertua aku dah balik ke kg halamannya,mana lagi kalau bukan Terengganu la...mak mertua aku dah 1mggu lebih dok sini...tapi kat rumah aku 4hari 3malam jer...mak mertua aku dok rumah anak laki dia kat Meru sebelum ni...jadi mak mertua saje nak jalan2 rumah aku...aku pun ape lagi gelabah la nak fikir masak ape la yg sedap....dah la aku x terror sangat masak...takut mak mertua aku xselera nga tekak aku masak....maklumlah aku ni masak ikut sedap aku jer...aku ni org jawa mana lah reti sangat masak masakan Terengganu....ikan singgang leh la sikit2....tu pun xmenjadi lagi wat hari tu.....sebelum mak mertua balik Terengganu aku masak lah asam pedas ikan merah...bagi aku kire paling sedap la ni masak....tapi kalau orang lain rasa aku xtau la macam ner...hope sedap la hari tu mak mer tua aku makan...maklumlah 1st time mak mertua sampai rumah aku......mestilah nak layan yang bagus2....

aku xsempat nak ambil gambar yang aku masak,so ni upload dalam tenet jer.....minta maaf la pada owner yg masak asam pedas ikan merah ni kalau saya upload...

>>>>Masak asam pedas ni senang jer kalau ikutkan....tapi kalau orang yang x terror macam aku ni...agak susah la gak nk wat kot...tapi aku cuba gak wat yang sedap utk mertua.....hihihihi.....

Ni resepi aku:
  •  - ikan merah (aku beli separuh jer bahagian isi)
  • - Bawang merah ( ikutlah nak guna banyak mana ) 
  • - Bawang putih 
  • - Air secukupnya
  • - Garam secukupnya
  • -  tomato ( 1biji jer guna,takut masam lak banyak2)
  • - Daun kesum sedikit
  • - Bendi ( 2,3 ulas sahaja)
  • - Asam keping ( sikit jer guna )
  • - Bunga kantan
  • - cili giling / cili blend
  • - ada setengah orang masak letak belacan...tapi aku xsuka 
  • - Ajinamoto ( tapi aku xsuka guna )

Tuesday, March 8, 2011

Khasiat Epal Hijau

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.


Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.


Epal hijau boleh membantu mencegah:

* Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
* Mengurangkan risiko penyakit jantung.
* Membantu kesihatan membran paru-paru.
* Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
* Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
* Membantu mengekalkan berat badan.
* Mengurangkan tekanan penyakit asma.
* Mengurangkan risiko barah.
* Dengan menghidu epal dapat menenangkan fikiran.



Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman:

- Kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

- Epal elok dimakan tanpa kulit atau dimasak sedikit supaya tidak mengurangkan kandungan vitamin C dan serabut yang terdapat di dalamnya jika berhasrat untuk mendapatkan khasiat herba.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah:

- Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Monday, March 7, 2011

KHASIAT BUAH NAGA




Buah naga mempunyai isi seperti buah kiwi. Pada masa ini, buah naga yang isinya berwarna putih lebih mudah didapati di pasaran, tetapi mengikut pakar pemakanan dan perubatan, buah yang isinya berwarna merah mempunyai lebih banyak khasiat.


Secara amnya, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.



Kajian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.Kajian juga menunjukkan buah ini boleh mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan, katanya.


Friday, March 4, 2011

PETUA UNTUK ANDA AMALKAN

PETUA CEPAT DIPINANG (RINGAN JODOH)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.
PENAWAR RESDUNG
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkanmenyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudianpicit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kalisehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih.Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannyasungguh menakjubkan.
MELICIN DAN MEMERAHKAN KULIT MUKA
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan disekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih.Amalkan seminggu 2/3 kali.
MENEGANGKAN KULIT MUKA
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah disagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkankedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepasitu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan caraini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di mukadan menjadikan kulit kita segar.
MENGHILANGKAN CAGU
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu).Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasukdalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau padacagu. Cagu akan beransur pulih.
MENYERIKAN WAJAH
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlahmengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelummencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajahanda. Selamat mencuba.
MENGHALUSKAN KULIT
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

MENGHILANGKAN BAU BADAN
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit
limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.
BADAN RINGAN DAN BERTENAGA MINUM
air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jikakita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akanmenjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita,amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.
MELEMBUTKAN RAMBUT
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enamcamca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itusapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambutdengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.
MERAWAT KULIT BERKEDUT
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkanbersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhanitu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.
MELENTIKKAN BULU MATA
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulumata. Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan ParutAmbil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgnterlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehinggakering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallahia amat berkesan utk menghilangkan parut.

MELEBATKAN RAMBUT

Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambillendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudumadu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgntuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehinggakering. Amalkan dua kali seminggu.
AWET MUDA
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangandan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajahseperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
MERAWAT SENGGUGUT
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. masukkan ke dalam segelas airsuam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat.InsyaAllah, senggugut akan hilang.
KULIT CERAH DAN LICIN
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka
dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.
RAMBUT LEBAT
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut.
MENGURANGKAN DENGKUR
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu
panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.
MENGHILANGKAN KETUAT
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskangetah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapakali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

MENGEMPISKAN PERUT

(1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan laludisapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepasbersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekatperutsahaja, amalkan setiap malam.
(2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkansemalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh mukaatau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi,jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknyaminum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.
MENGEKALKAN KECANTIKAN
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Disamping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaatdan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.MenghasilkanKulit CantikAmalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merahyg telah dihancurkan .
MENGATASI SENGGUGUT
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namunterdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini sayaamalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah .
1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam Kuantitisama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelumhaid .Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakankapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepatmenelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapatsenggugut selama 3 bulan berturut-turut . Ini adalah pengalaman saya.
2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petuatersebut tapi saya amalkan minum air suam . Kesannya tanpa sedari dahlama saya tak dapat senggugut.
MENEGANGKAN KULIT MUKA DAN MENGHILANG JERAWAT
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India)di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam,sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehinggakering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegangjerawat tiada.
 MENYEGARKAN MATA GATAL DAN LETIH
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya.Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selaludan hasilnya anda akan merasai perubahannya.
MENYEGARKAN MATA
Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk
berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.
MENAIKKAN SERI MUKA
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga.
Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.
MERAWAT PANAU
Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau.InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.
MENGELAK RAMBUT GUGUR
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersihdan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam.Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat,hitam dan berkilat semulajadi.
MENGURANGKAN AIR PADA FARAJ
Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda.Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuantersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam.

SIHAT TUBUH BADAN
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar danjalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput ygmasih berembun .
MELANGSINGKAN TUBUH
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campurdgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari.Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal
MENGHILANGKAN PARUT DI KULIT
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan
sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu
rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan,
parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan
bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.
MENGELAK KEGUGURAN RAMBUT
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulitkepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegahkelemumur.
MENGHILANGKAN BAU KETIAK
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiapkali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawahketiak.
MENGHILANGKAN KELEMUMUR
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata danbiarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgntuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utkmengurangkan pening kepala.
RAMBUT GUGUR
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapuatas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambutbaru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.
MENGHILANG SAKIT KEPALA
Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram.Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi.Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.

Wat hari ni untuk dikongsi bersama korang.Ada masa ti aku cari lagi bahan2 yang best.....daaaaa



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

JOM KLIK SINI