Followers

Sunday, December 11, 2016

Ikan Siakap Stim Lemon


Bahan-bahan:

1 ulas Bawang merah(hiri-hiris )
3 ulas Bawang putih (ketuk)
Seekor ikan siakap(letakkan garam siap-siap)
1 inci halia (ketuk)
2 batang serai (ketuk je)
10biji cili padi(hiris halus)
5batang lobak merah( saya suka guna 'baby carrot')
Bunga kobis( potong kecil) tapi jgn halus sgt...
1biji lemon (guna sikit je)
5-6 biji tomata (suka guna tomato kecil
1 sudu besar sos ikan

Cara masak:

1. Didihkan air dulu dekat pengukus. Masukkan ikan yang telah di campur semua bahan tadi.Macam dalam gambar atas tu.

2. Kukus dalam 20minit. 

3.Angkat dan hidang.

Selamat mencuba resepi dari versi saya.


Resepi Apam Lenggang


APAM LENGGANG

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan santan
1 susu kecil sodabikarbonat
1 cawan gula
sedikit garam
3/4 cawan nasi dikisar dalam 1 cawan air masak



Cara buat:

1.Blend nasi dengan air
2. Masukkan telur,tepung beras & tepung gandum blend semula
3.Masuk pulak telur, santan, sodabikarbonat, gula & garam....kacau sampai sebati 

Kalau malas blend sekali semua... biarkan dalam 1-2jam...simpan la dalam peti sejuk ke

4.Lenserkan minyak pada kuali n lenggang-lenggangkan sampai masak kemudian lipat.
5. kalau nak masak esok xperlu la campurkan santan, simpan dulu masa nak masak baru letak santan yerrr...

Selamat mencuba....saya pun dapat resepi daripa FB..




Kalau nak sedap lagi...letak la kaya original, kaya pandan, neutella, atau apa-apa jerrr kat tengah lipatan...memang lagi sedap la....tapi ni pun dah rasa manis...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

JOM KLIK SINI